Legal
Privacy Notice
English
Last updated: 6 October 2026
- 1Who we are
- Klikx Holdings Sdn. Bhd. (Registration No. 201301025397 (1055227-U)), part of the Klikx Group of Companies (“Klikx”, “we”), is the data controller for the personal data described in this notice. Our office is at Level 7-03, Menara UAC, 12 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor. This notice covers this website, enquiries and job applications, and is issued under the Personal Data Protection Act 2010.
- 2What we collect
- From the enquiry form: the topic you choose, the sector if you select one, your name, your company and phone number if you give them, your email address, your message and your consent. From emails and calls: your contact details and what you tell us. From job applications: your CV and the details you send with it. When you visit this website, our web host records basic technical information, such as your IP address, browser type, the pages requested and the time. Please do not send sensitive personal data (such as information about your health, religious beliefs, or any offence committed or alleged), identity documents, bank details or other people’s personal data unless we ask for them.
- 3Why we use it
- To reply to and handle your enquiry; to assess your job application, keep a record of our recruitment decisions and, if you ask us to, consider you for other suitable openings; to keep a record of our communications; to run and secure this website; and to meet our legal obligations. We do not use your details for marketing.
- 4Where it comes from
- Directly from you; from the technical records created when you use this website; and, for job applications, from the notes we make when assessing your application.
- 5Who we share it with
- Only as needed for the purposes in item 3: companies in the Klikx group that are involved in your enquiry or application, our professional advisers, the service providers who run our website, enquiry form and email for us, and authorities when the law requires it. We do not sell personal data. If any of our service providers store or process your personal data outside Malaysia, we transfer it only as the Act allows.
- 6What you must provide
- Contacting us or applying for a job is your choice. To send the enquiry form, you must choose a topic, give your name, email address and message, and tick the consent box; the sector, company name and phone number are optional. Without the required information and consent, the form cannot be sent. For a job application, we need your CV and contact details to assess it.
- 7How long we keep it
- Enquiries: up to 2 years after our last communication with you, or less if no longer needed. If an enquiry becomes part of a project or deal, its records are kept under our record-keeping schedule and the law. Job applications: if you are not hired, we keep your application for up to 12 months from the date we receive it, so we can answer questions about our decision, and then delete it. If you asked us to consider you for future openings, we may do so only during those 12 months, unless you agree again. If you withdraw your application or your agreement, or ask us to delete your application, we stop using it straight away and delete our working copies within 30 days, unless the law requires or allows us to keep it for a specific, necessary purpose; backup copies expire on our host’s backup schedule. Technical records: only as long as needed to run and secure this website. After these periods we delete personal data, unless the law requires us to keep it.
- 8Your choices and rights
- You may request access to or correction of your personal data. You may also ask us, by a written electronic request, to transmit your personal data directly to another data controller of your choice, subject to technical feasibility and compatibility of the data format. You may withdraw your consent, or ask us to limit how we use or disclose your data, by writing to us. Processing based on your consent then stops, although we may be unable to continue handling your enquiry or application, and records the law requires us to keep may remain. You may leave optional fields blank. We may need to confirm your identity first. You may also complain to the Personal Data Protection Commissioner.
- 9Security
- We take practical steps to protect personal data from loss, misuse, unauthorised or accidental access or disclosure, alteration and destruction. If a breach of your personal data occurs, we will notify the Personal Data Protection Commissioner and you where the law requires.
- 10Cookies
- This website does not use cookies or similar technologies to track you, and does not use any third-party statistics or advertising tools. Your display settings, such as the light view, are kept in your browser only until you close the tab, and are not sent to us. Its fonts are hosted on this website.
- 11Contact
- For any question, request or complaint about your personal data, contact our Privacy Contact at info@klikx.com.my or +603 7733 8088, or write to the address in item 1.
- 12Language and changes
- This notice is available in English and Bahasa Malaysia, and both versions have the same meaning. If we change this notice, the new version and its date will appear on this page. Where the law requires, we will tell you about the change and ask for your consent again.
Bahasa Malaysia
Notis Privasi · Kemas kini terakhir: 6 Oktober 2026
- 1Siapa kami
- Klikx Holdings Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran 201301025397 (1055227-U)), sebahagian daripada Klikx Group of Companies (“Klikx”, “kami”), ialah pengawal data bagi data peribadi yang diterangkan dalam notis ini. Pejabat kami beralamat di Level 7-03, Menara UAC, 12 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Notis ini meliputi laman web ini, pertanyaan dan permohonan pekerjaan, dan dikeluarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- 2Data yang kami kumpulkan
- Daripada borang pertanyaan: topik yang anda pilih, sektor jika anda memilihnya, nama anda, nama syarikat dan nombor telefon jika anda memberikannya, alamat e-mel, mesej dan persetujuan anda. Daripada e-mel dan panggilan telefon: butiran hubungan anda dan maklumat yang anda berikan kepada kami. Daripada permohonan pekerjaan: CV anda dan butiran yang anda sertakan bersamanya. Apabila anda melawat laman web ini, hos web kami merekodkan maklumat teknikal asas, seperti alamat IP, jenis pelayar, halaman yang diminta dan masa. Sila jangan hantar data peribadi sensitif (seperti maklumat tentang kesihatan, kepercayaan agama atau pelakuan atau dakwaan pelakuan kesalahan), dokumen pengenalan diri, butiran bank atau data peribadi orang lain melainkan kami memintanya.
- 3Tujuan kami menggunakannya
- Untuk menjawab dan mengendalikan pertanyaan anda; menilai permohonan pekerjaan anda, menyimpan rekod keputusan pengambilan pekerja kami dan, jika anda memintanya, menimbangkan anda untuk kekosongan lain yang sesuai; menyimpan rekod komunikasi kami; mengendalikan dan menjaga keselamatan laman web ini; dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Kami tidak menggunakan butiran anda untuk pemasaran.
- 4Sumber data
- Secara langsung daripada anda; daripada rekod teknikal yang terhasil apabila anda menggunakan laman web ini; dan, bagi permohonan pekerjaan, daripada catatan yang kami buat semasa menilai permohonan anda.
- 5Pihak yang menerima data anda
- Hanya setakat yang diperlukan bagi tujuan dalam perkara 3: syarikat dalam kumpulan Klikx yang terlibat dengan pertanyaan atau permohonan anda, penasihat profesional kami, pembekal perkhidmatan yang mengendalikan laman web, borang pertanyaan dan e-mel kami bagi pihak kami, dan pihak berkuasa apabila dikehendaki oleh undang-undang. Kami tidak menjual data peribadi. Jika mana-mana pembekal perkhidmatan kami menyimpan atau memproses data peribadi anda di luar Malaysia, kami memindahkannya hanya sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta.
- 6Maklumat yang wajib diberikan
- Menghubungi kami atau memohon pekerjaan adalah pilihan anda. Untuk menghantar borang pertanyaan, anda mesti memilih topik, memberikan nama, alamat e-mel dan mesej, serta menandakan kotak persetujuan; sektor, nama syarikat dan nombor telefon adalah pilihan. Borang tidak boleh dihantar tanpa maklumat dan persetujuan yang diwajibkan. Bagi permohonan pekerjaan, kami memerlukan CV dan butiran hubungan anda untuk menilainya.
- 7Tempoh penyimpanan
- Pertanyaan: sehingga 2 tahun selepas komunikasi terakhir kami dengan anda, atau lebih awal jika tidak lagi diperlukan. Jika pertanyaan menjadi sebahagian daripada sesuatu projek atau urus niaga, rekodnya disimpan mengikut jadual penyimpanan rekod kami dan undang-undang. Permohonan pekerjaan: jika anda tidak diambil bekerja, kami menyimpan permohonan anda sehingga 12 bulan dari tarikh kami menerimanya supaya kami boleh menjawab pertanyaan tentang keputusan kami, dan kemudian memadamkannya. Jika anda meminta kami menimbangkan anda untuk kekosongan akan datang, kami hanya boleh berbuat demikian dalam tempoh 12 bulan tersebut, melainkan anda bersetuju semula. Jika anda menarik balik permohonan atau persetujuan anda, atau meminta kami memadamkan permohonan anda, kami akan serta-merta berhenti menggunakannya dan memadamkan salinan kerja kami dalam tempoh 30 hari, melainkan undang-undang menghendaki atau membenarkan kami menyimpannya bagi sesuatu tujuan khusus yang perlu; salinan sandaran tamat tempoh mengikut jadual sandaran hos kami. Rekod teknikal: hanya selama yang diperlukan untuk mengendalikan dan menjaga keselamatan laman web ini. Selepas tempoh ini, kami memadamkan data peribadi melainkan undang-undang menghendaki kami menyimpannya.
- 8Pilihan dan hak anda
- Anda boleh meminta akses kepada atau pembetulan data peribadi anda. Anda juga boleh meminta kami, melalui permintaan bertulis secara elektronik, menghantar data peribadi anda secara langsung kepada pengawal data lain yang anda pilih, tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data. Anda boleh menarik balik persetujuan anda, atau meminta kami mengehadkan penggunaan atau penzahiran data anda, dengan menulis kepada kami. Pemprosesan berdasarkan persetujuan anda akan dihentikan, walaupun kami mungkin tidak dapat meneruskan pengendalian pertanyaan atau permohonan anda, dan rekod yang dikehendaki oleh undang-undang mungkin masih disimpan. Anda boleh membiarkan ruangan pilihan kosong. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda terlebih dahulu. Anda juga boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.
- 9Keselamatan
- Kami mengambil langkah praktikal untuk melindungi data peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan, akses atau penzahiran tanpa kuasa atau secara tidak sengaja, pengubahan dan pemusnahan. Jika berlaku pelanggaran data peribadi anda, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan anda apabila dikehendaki oleh undang-undang.
- 10Kuki
- Laman web ini tidak menggunakan kuki atau teknologi serupa untuk menjejaki anda, dan tidak menggunakan sebarang alat statistik atau pengiklanan pihak ketiga. Tetapan paparan anda, seperti paparan cerah, disimpan dalam pelayar anda hanya sehingga anda menutup tab, dan tidak dihantar kepada kami. Fon laman web ini dihoskan pada laman web ini sendiri.
- 11Hubungi kami
- Bagi sebarang pertanyaan, permintaan atau aduan berkaitan data peribadi anda, hubungi Pegawai Hubungan Privasi kami di info@klikx.com.my atau +603 7733 8088, atau tulis kepada kami di alamat dalam perkara 1.
- 12Bahasa dan perubahan
- Notis ini tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dan kedua-dua versi membawa makna yang sama. Jika kami mengubah notis ini, versi baharu dan tarikhnya akan dipaparkan pada halaman ini. Apabila dikehendaki oleh undang-undang, kami akan memaklumkan anda tentang perubahan tersebut dan meminta persetujuan anda semula.